Yennadey..!: Teori R.A.H.M.A.N..., R.A.H.M.A.T atau R.A.H.M.A.A.N

Jumaat, 28 Mac 2008

Teori R.A.H.M.A.N..., R.A.H.M.A.T atau R.A.H.M.A.A.N

Teori R.A.H.M.A.N yang mengaitkan nama bakal PM kita mengikut turutan huruf pada perkataan R.A.H.M.A.N kini mula difikirkan kembali kerana ramai telah mula bertanya siapa PM kita selepas PakLah, adakah Najib...??? tetapi bagaimana jika selepas PakLah ialah Anwar Ibrahim maka Teori R.A.H.M.A.N akan bertukar menjadi R.A.H.M.A.A.N.(masih tidak salah dari segi maksud) dan apakah nanti huruf N selepas Anwar Ibrahim masih lagi untuk Najib Tun Razak ataupun ianya akan diambil alih oleh Nurul Izzah..?
Maksud Teori R.A.H.M.A.N. :

R = Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
A = Tun Abdul Razak
H = Tun Hussein Onn
M = Tun Dr Mahathir Mohamad
A = Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
N = Apakah Najib....?????????? atau Anwar??


Jika difikirkan seandainya Teori ini betul-betul mengikut ejaan teori yang lama iaitu R.A.H.M.A.N, maka Anwar sudah tidak berpeluang kerana huruf A telah diambil oleh PakLah. Tetapi persoalannya adakah Najib akan menggantikan PakLah, bagaimana jika Tengku Razaleigh menang dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini..? pastinya Teori itu akan bertukar menjadi Teori R.A.H.M.A.T.

Ataupun mungkin juga BR berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara dan memberi laluan kepada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, selain mempunyai nama bermula dengan huruf N, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat juga adalah tokoh yang sangat dihormati didalam Gerakan Islam dan beliau adalah inspirasi kejayaan pembangkang yang memulakan kemenangan BR dari Kelantan 18 tahun dahulu.

Tetapi jika Anwar terpilih dari suara majoriti seandainya BR mengambil alih tampuk kepimpinan negara, maka Teori R.A.H.M.A.N akan bertambah satu lagi huruf A, dan ianya tidak salah kerana didalam bacaan basmalah iaitu pada huruf mim bila dibaca dengan tajwid, hendaklah dibaca dengan 2 rakaat, maka dalam ejaan rumi huruf A perlu ada 2.

Setelah Anwar memimpin(mungkin 2 penggal), saya rasa kekuatan UMNO akan pudar kerana ramai ahli dan pemimpin UMNO yang menyertai BR. Akhirnya UMNO hanya tinggal golongan yang paling setia dalam UMNO iaitu Wanita UMNO. Salah satu cara untuk menarik golongan wanita menyokong BR, ialah dengan meletakkan Nurul Izzah sebagai PM selepas Anwar, maka lengkaplah Teori R.A.H.M.A.A.N.

Perhatian : Tulisan saya ini hanyalah TEORI semata-mata, sebenarnya segala-gala yang berlaku dilangit dan dibumi adalah ketentuan Allah yang Maha Kuasa. Wallahua’lam.

1 ulasan:

MRZA berkata...

teori yang kau pakai ni di namakan teori masyuarat tingkap atau yang lebih jelas teori WPO ...


apa kah teori WPO ni....


kita tunggu pada keluaran akan datang.........