UMNO dan gerombolan pengikutnya sudah tarak betul?, sejak kejatuhan 5 negeri ke tangan BA. Mereka lebih suka melakukan provokasi kepada parti lawan, menyebarkan sentimen perkauman hingga ke peringkat akar umbi(macam2 SMS saya dapat dari orang UMNO), dan menuntut BA melunaskan janji pilihanraya, sedangkan BA baru sahaja memenangi pilihanraya kurang dari seminggu.
Yennadey..! BA ibarat macam orang baru kawin, inai dijari pun belum pudar warna, patut ke..tiba-tiba kita bertanya 'bila nak dapat anak.?'.... masalah pengambilan tampuk kempimpinan pun belum selesai lagi, malah UMNO sepatutnya berasa malu apabila parti GERAKAN berjaya menyerahkan tampuk kepimpinan dengan baik tanpa kehilangan apa-apa dokumen kerajaan, tidak seperti negeri-negeri yang diambil dari kepimpinan UMNO yang khabarnya terdapat banyak dokumen-dokumen yang dimusnahkan.
UMNO perlu memfokuskan kepada pemulihan semula kekuatan UMNO itu sendiri dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO yang kini telah parah dengan pelbagai isu yang sememangnya diketahui umum. Paling malang UMNO juga telah gagal mendapat sokongan Melayu kerana PRU12 undi UMNO merosot amat jauh. Hari ini rakyat terutama orang Melayu, bukan lagi menginginkan pembangunan infrastuktur tetapi pembangunan ekonomi bangsa Melayu. Secara umum bangsa Melayu dapat melihat pembangunan sesuatu kawasan baru itu seolah-olah secara automatik meminggirkan masyarakat Melayu. Ini adalah kerana apabila pembangunan datang di saat orang Melayu tidak mampu dari sudut ekonomi, ia akan memberi ruang kepada bangsa lain, yang akhirnya pembangunan itu sendiri menghimpit kehidupan bangsa Melayu. Kegagalan DEB dalam membangunkan ekonomi bangsa Melayu harus dikaji semula. Di sini golongan Melayu harus membuka minda dengan melihat bagaimana BA memulihkan DEB dan juga bagaimana DAP dengan dasar baru yang digubalkannya untuk menggantikan DEB. Beri peluang mereka(BA) untuk melaksanakannya dan buat penilaian selepas mereka melaksanakannya. Malah MCA sendiri telah menyalahkan UMNO akibat kegagalan DEB. Politik Wang dan Rasuah yang berleluasa adalah antara faktor besar kegagalan DEB dan untuk memulihkan Politik Wang didalam UMNO adalah amat sukar kerana ia telah menjadi satu barah, hinggakan ianya bagaikan budaya yang sukar ditinggalkan oleh UMNO.
Generasi baru UMNO yang lahir ketika budaya Politik Wang sudah sebati dengan UMNO pula, ibarat pewaris budaya Politik Wang di dalam UMNO. Oleh itu untuk memulihkan budaya Politik Wang atau Rasuah ini adalah amat sukar kerana dari ahli Politik hingga ke penjawat jawatan awam yang rendah juga terlibat dengan korupsi dan rasuah. Jika UMNO ini adalah acuan kepada Melayu, maka usaha untuk memulihkannya sememangnya susah, Ibarat acuan kuih bahulu, macam-mana bentuk acuan, macam itulah bentuk kuihnya.
Dalam isu perlantikan Menteri Besar pula.. ketika UMNO Perlis dan Terengganu masih dalam keadaan kelam-kabut dan gagal menentukan Menteri Besar, Ahli UMNO lebih suka menekan BA yang buat kali pertama dapat mengusai lebih dari satu negeri. Saya fikir lebih baik UMNO fokus kepada perlantikan MB di negeri yang belum selesai ini, dan ianya harus dijalankan dengan aman tanpa mencemar Institusi Raja. Ini adalah supaya UMNO benar-benar dilihat sebagai pembela bangsa, yang sememangnya menghormati dan mempertahankan Institusi Raja.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan